5.0
|
TANAMAN KELAPA
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.1
|
Botani Tanaman Kelapa
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) tergolong
dalam keluarga palmae. Tanaman ini berasal dari kepulauan Pasifik dan
tersebar luas hamper 90 buah Negara tropika. Jumlah keluasan kelapa di dunia
dianggarkan sebanyak 12.48 juta hektar di mana 10.8 juta hektar (86.2%)
terletak di Asia Pasifik.
Di Malaysia, kelapa merupakan salah satu
tanaman yang penting untuk ekonomi Negara. Sebahagian besar tanaman kelapa
diusahakan secara tradisional oleh pekebun-pekebun kecil. Pada tahun 2007,
tanaman kelapa menduduki tempat yang keempat dari segi keluasan selepas
kelapa sawit, getah dan padi. Produk-produk kelapa adalah bahan penting dalam
makanan harian penduduk-penduduk tempatan dan juga dalam industry pembuatan.
Permintaan tempatan untuk produk-produk kelapa adalah dalam bentuk kelapa
biji, minyak kelapa dan kelapa parut.
Pada tahun 2005, Malaysia mengimport kalapa
dan produk-produk berasaskan kelapa bernilai RM591.8 juta berbanding nilai
eksport berjumlah RM559 juta. Ini menjadikan nilai imbangan dagangan negative
sebanyak RM32.8 juta. Jenis produk kelapa yang diimport dan dieksport ialah
kelapa tua, kelapa muda, minyak kelapa, kelapa salai (kopra), kelapa parut
kering dan santan kelapa.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.1.1
|
Sifat pokok, akar, daun, bunga dan buah tanaman nanas
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
SIfat
Pokok
Pokok kelapa mempunyai batang dan pusat
pertumbuhan tunggal. Ketinggian pokok boleh mencapai 6-30 meter. Pada hujung
batang terdapat daun pinat yang besar atau pelepah pada pelbagai peringkat
tumbesaran. Di celah tiap-tiap pelepah terdapat jambak bunga pada pelbagai
peringkat tumbesaran. Di pucuk pokok, terdapat tisu-tisu muda yang bakal membentuk
menjadi daun, bunga atau buah.
Akar
Pokok
kelapa mempunyai system akar serabut. Pokok kelapa tidak mempunyai akar
rambut dan dalam keadaan tertentu, akar-akar utama boleh mengeluarkan akar
sisi yang bercabang yang dipanggil akar penyerap. Di hujung akar penyerap ini
terdapat jidal akar (root cap) yang boleh menembusi tanah. Bahagian lembut
yang terdapat di belakang jidal akar berfungsi untuk menyerap nutrient tanah
sejauh 5 cm.
Di
permukaan akar terdapat struktur tisu kecil yang tajam dan berwarna putih
(pneumatophotes) yang berfungsi sebagai struktur pernadasan. Struktur ini
membolehkan pokok kelapa menyesuaikan kehidupan di kawasan air bertakung.
Pokok
kelapa matang meneglurakan 1,500-8,000 urat akar yang tumbuh mendatar
sepanjang 5 hingga 25 meter di sekeliling pokok. Terdapat juga akar yang
tumbuh menghala ke lapisan air bawah tanah dan boleh tumbuh sehingga 5 meter
ke dalam tanah.
Daun
Pokok
kelapa yang matang mempunyai 30-40 pelepah daun. Panjang pelepah boleh
mencapai 6 meter dan ia mempunyai dua baris daun kecil (bipinate) berukuran 1
hingga 1.5 meter panjang. Setiap pelepah dianggarkanmempunyai sebanyak 200
helai daun kecil. Bagi pokok yang subur, pelepah baru terbit setiap 3-4
minggu sekali. Jangka hayat pelepah dari mula terbit hingga senesan ialah di
antara 30 hingga 36 bulan.
Bunga
Jambak
bunga atau mayang terbentuk dalam seludang yang tebal, kukuh dan tajam.
Mayang yang terbuka berukuran 1.0 hingga 1.2 meter panjang dan membentuk
beberapa anak spike yang panjangnya 14-16 cm.
Bunga
kelapa adalah jenis “monoecious”. Pada setiap mayang kelapa, terdapat antara
8,000-10,000 bunga jantan dan 10-50 bunga betina. Bunga jantan mengandungi
enam helai periant nipis berwarna kuning dan di dalamnya terdapat enam
stamen. Di tengah-tengah bunga terdapat tiga kalenjar nectar yang berfungsi
untuk menarik serangga pendebunga. Apabila bunga kembang, cepu debunga
terbuka dan mengeluarkan debunga-debunga yang berwarna kuning. Debunga ini
boleh hidup selama 2-9 hari.
Bunga
betina berbentuk globos, mengandungi 6 periant dan terdapat pistil berwarna
putih. Bunga betina mulai kembang pada 18-21 hari selepas seludang terbuka.
Jangkamasa reseptifnya ialah 1-3 hari.
Buah
Selepas
proses persenyawaan bunga akan menjadi buah dalam tempoh 12-14 bulan. Pada
umumnya buah yang matang mengandungi 35% sabut, 12% tempurung, 28% isi dan
25% air. Komposisi ini berbeza-beza mengikut kultivar. Saiz, warna dan bentuk
buah kelapa juga berbeza-beza mengikut jenis kelapa.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.2
|
Keperluan Asas Tanaman
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.2.1
|
Faktor mempengaruhi pertumbuhan tanaman
Faktor Iklim
Di Malaysia, kelapa mempunyai
kesesuaian yang meluas dan agak tahan kepada perubahan cuaca. Pada amnya,
kelapa memerlukan suhu purata harian antara 22-33 oC dengan 40-80%
kelembapan bandingan untuk pertumbuhan dan penghasilan yang baik.
Faktor Tanah
Tanaman kelapa yang ditanam di
tanah-tanah yang sesuai mudah diurus dan berpotensi mengelurakan hasil yang
lebih baik. Pengurusan yang ebih rapi diperlukan sekiranya tanaman yang
ditanam di tanah-tanah yang sederhana sesuai untuk menjamin penghasilan yang
menguntungkan. Sifat-sifat tanah yang sesuai dan sederhana sesuai untuk
tanakan kelapa adalah seperti di jadual.
Kelapa boleh hidup di kebanyakan
jenis tanah. Di antara tanah yang sesuai adalah tanah lanar, tanah-tanah
sedentari dan gambut cetek. Pada umumnya tanaman kelapa memerlukan tanah yang
rata, bersaliran tanah yang salir (well
drained), berprofil dalam dan tidak terlalu berpasir atau lempung.
Sifat-sifat tanah dan kesesuaian
untuk tanaman kelapa
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.3
|
Kultivar Tanaman
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.3.1
|
Klon dan hibrid
Ø Varieti kelapa yang terdapat di
Malaysia adalah seperti berikut :
a. Kelapa
Tinggi Malaya ( Malayan Tall )
b. Kelapa
Rendah Merah Malaya ( Malayan Red Dwarf, MRD )
c. Kelapa
Rendah Kuning Malaya ( Malayan Yellow Dwarf, MYD )
d. Kelapa
Rendah Hijau Malaya ( Malayan Green Dwarf, MGD )
e. Kelapa
MAWA ( Malayan Dwarf X West African Tall )
f. Kelapa
MATAG ( MYD/MRD X Tagnanan Tall )
g. Kelapa
Tinggi Afrika Barat
h. Kelapa
Tinggi Tagnanan
i. Kelapa
Tinggi Rennel
j. Kelapa
Wangi ( Aromatic Dwarft )
k. Kelapa
MAREN ( MYD/MRD X Rennel Tall )
l. Kelapa
MAMA ( MYD/MRD X Malayan Tall )
Kelapa MATAG
Kelapa
MATAG ialah kelapa hybrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang antara
Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Ketinggian pokok Kelapa
MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bungan dan buahnya berwarna sama ada
hijau, oren atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah
Malay dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Purata bilangan buah kelapa MATAG
dianggarkan sebanyak 140 biji/pokok/tahun. Potensi hasil dengan density
penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. Bilangan buah
setandan di antara 10-22 biji.
Kelapa MAWA
Kelapa
MAWA ialah kelapa hybrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa
Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai
sehingga 15 meter. Warna daun, bunga dan buanhya sama ada hijau atau jingga
pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan
buah setandan ialah 14-16 biji.
Kelapa Pandan (Wangi)
Kelapa
Pandan ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun
1971. Di Thailand kelapa inin dipanggil sebagai “Makprow Nam Horm” dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai
“aromatic dwarf”. Keistimewaan
kultivar Kelapa Pandan ialah isi dan buahnya berbau wangi dan sesuai untuk
diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan
dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga.
Bilangan buah setandan di antara 10-22 biji.
Anak
pokok Kelapa Pandan boleh dikenali melalui bau wangi pandan pada hujung akar
yang dihancurkan dan melayur bahagian bawah lai daun. Jarak penanaman yang
disyorkan adalah 6.5 m x 6.5 m dengan kaedah segitiga dan ini akan
menghasilkan kepadatan 272 pokok sehektar.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.3.2
Ø
|
Jenis bahan tanaman
PEMILIHAN
POKOK INDUK UNTUK BAHAN TANAMAN
·
Pokok ibu dipilih berdasarkan rupa bentuk
pokok dan hasil buahnya, tetapi anak tidak semestinya sama dengan ibu. Pokok-pokok yang hasilnya tinggi, biasanya
mempunyai sifat-sifat yang berikut:
i.
Batang besar, sekata, lurus, parut
pelepah pada batang rapat.
ii.
Pelepah daun yang banyak (30 – 40 pelepah),
kembang/lebar dan
tegap untuk
menyokong tandan buah.
iii.
“Crown’ tidak tunduk/tegak, sebab
tandan boleh jatuh/patah
menyebabkan
buah muda gugur.
iv.
Jambak bunga banyak, dari tiap-tiap
ketiak pelepah daun mempunyai 12 – 16 jambak / tahun dan mempunyai banyak
bunga betina, 8 – 10/jambak
v.
Hasil : 100 buah/tahun hingga 3 tahun
vi.
Tangkai tandan buah pendek dan besar
untuk memegang buah yang
banyak dan besar iaitu 8 – 10 biji sekurang-kurangnya.
·
Biji benih diambil dari pokok matang
25 – 45 tahun. Pokok berumur
25
– 30 tahun adalah terbaik.
·
Pilih buah yang besar, bulat, sabut
nipis dan berat (buah yang berat
mempunyai isi yang tebal).
Pokok induk ini hendaklah dari pokok
yang
hidup dalam keadaan biasa di kawasan yang tinggi hasilnya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.4
|
Persediaan Sebelum Menanam
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.4.1
|
PEMILIHAN
BUAH KELAPA (BENIH) DAN SEMAIAN
·
Buah kelapa yang dipilih mestilah ;
Ø berwarna
perang dan cukup matang
Ø bersabut
nipis
Ø bebas
daripada seragan perosak dan penyakit
Ø berkocak
air di dalamnya.
·
Buah-buah kelapa ini hendaklah
disimpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari selama 2 minggu untuk
percambahan yang seragam.
·
Ia perlu dicambah terlebih dahulu
sebelum disemai.
·
Percambahan dijalankan dengan menyemai
di petak semaian pasir yang berukuran 1.5 m lebar X 0.2 – 0.6 m tinggi dan panjang mengikut keperluan.
·
Jarak antara batas ialah 0.6 m.
Disekeliling petak semaian hendaklah dikepung dengan papan dan diberi sedikit
naungan.
·
Untuk mempercepatkan pertumbuhan, buah
kelapa yang dipilih dipotong sedikit bahagian sabut atas sepanjang 5 sm
garispusat dan lebih kurang 1.0 sm dalam.
·
Biji benih disusun rapat secara
mendatar pada jarak 30 sm dalam baris X 30 sm antara baris di dalam petak
semaian dengan mendedahkan 1/3 bahagian kelapa di atas permukaan pasir.
·
Penyiraman dilakukan 1 – 2 kali sehari
bergantung kepada keadaan cuaca.
·
Jangkamasa percambahan biji benih
mengikut kultivar adalah seperti berikut :
Ø Kelapa
Tinggi Malaya - 10
– 12 minggu
Ø Kelapa
Rendah/Renek - 4 – 7 minggu
Ø Kelapa
MATAG - 4 – 6 minggu
Ø Kelapa
Wangi -
4 – 7 minggu
·
Biji benih yang normal dan cergas
dipilih dan dicabut menggunakan cangkul. Bahagian akarnya dipotong sepanjang
5 sm daripada pangkal sebelum diubah ke polibeg atau tapak semaian ladang.
Ø SEMAIAN MENGGUNAKAN POLIBEG
·
Kaedah menyemai anak benih kelapa di
polibeg mempunyai kebaikan seperti berikut :
Ø Kadar
pertumbuhan lebih cergas dan sekata dengan adanya pembajaan.
Ø Akar
tidak rosak semasa menanam di ladang.
Ø Kerosakan
semasa mengangkut dari tapak semaian ke ladang dapat dikurangkan.
Ø Kadar
pertumbuhan akar yang baik dan cepat selepas ditanam.
Ø Tiada/kurang
masalah kecacatan anak benih semasa pengangkutan (transplanting shock).
·
Keburukan kaedah ini ialah kos
pengangkutan dan semaian yang lebih tinggi.
·
Polibeg berlubang ( perforated ) yang
berukuran 45 sm X 45 sm X 0.5 sm lazimnya digunakan
·
Anak benih di dalam polibeg tersebut boleh
disimpan selama 10 bulan selepas diubah.
·
Campuran tanah yang disyorkan
ialah 3 bahagaian tanah atas dan 1
bahagian pasir.
·
Pemberian baja semasa di dalam polibeg
ialah 113 gm fosfat + 113 gm kapur/polibeg.
·
Jarak susunan polibeg yang disyorkan
adalah seperti berikut :
·
Pemilihan dan penakaian anak benih di
dalam polibeg yang tidak subur dibuat 4 bulan selepas diubah dan diteruskan
sehingga anak benih berumur 8 bulan.
·
Naungan 30% - 50% diberi kepada anak
benih semasa proses pengerasan (hardening).
·
Anak benih sesuai ditanam ke ladang apabila
berumur 6 – 8 bulan.
·
Anak benih yang mempunyai ciri-ciri
berikut perlu ditakai :
Ø Lai
daun yang pendek
Ø Lai
daun yang jarang
Ø Tangkai
pelepah yang panjang
Ø Pelepah
yang tegak dan kecil
Ø Kurang
cergas
·
Bilangan anak benih yang ditakai
lazimnya disekitar 10 %.
·
Ciri-ciri anak benih yang baik:
Ø Daunnya
besar dan berwarna hijau tua
Ø Pelepahnya
pendik dan lebar
Ø Batangnya
lurus
Ø Tiada
serangan perosak dan penyakit
·
Anak benih yang telah diangkut ke
ladang mestilah ditanam dalam tempoh:
Ø 2
hari bagi Kelapa Rendah
Ø 10
hari bagi Kelapa Tinggi
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.4.2
|
Penyediaan kawasan penanaman
Tanaman kelapa memerlukan cahaya
matahari penuh untuk pertumbuhan yang baik. Kawasan yang hendak dimajukan
dengan kelapa perlulah kawasan yang terbuka dan bebas daripada pokok-pokok
dan anak pokok kayu yang tidak dikehendaki.
Bagi kawasan bekas kelapa tua,
sebaik-baiknya pembersihan kawasan dilakukan dengan menggunakan jentolak.
Jentolak ini dapat menumbangkan dan menghancurkan batang kelapa dan
menyusunnya mengikut barisan tertentu. Dengan cara ini, proses pereputan dan
aktiviti ladang seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.5
|
Kaedah Penanaman
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.5.1
5.5.2
5.6
5.6.1
|
Sistem dan jarak
penanaman
jarak tanaman
mengikut sistem tiga segi sama yang digunakan adalah seperti di dalam Jadual.
Barisan perlu dibuat mengikut arah utara-selatan supaya mendapat cahaya
matahari yang maksimum.
Jadual: Jarak tanaman sistem tiga segi sama
Bagi kawasan
tanah rata/rendah, kaedah penanaman secara camber adalah disyorkan. Melalui kaedah ini penanaman kelapa
dibuat di atas batas melengkung dengan ketinggian 30cm di bahagian batas.
Setiap 2 baris kelapa akan diselangkan dengan parit ladang berukuran 122cm x
91.5cm x 70cm. Kebaikan sistem ini adalah untuk memudahkan semua pengurusan
ladang seperti pembajaan, kawalan rumpai dan penuaian hasil.
Pengapuran
Nilai pH yang
optimum bagi kebanyakan tanaman di Malaysia adalah di antara 5.5 hingga 6.5.
biasanya bagi kawasan baru dibuka (selain tanah asid sulfat dan tanaah
gambut), kapur pada kadar 3-5 tan/ha adalah disyorkan untuk kebanyakan tanah
di Malaysia. Sebagai panduan, bagi membaiki pH tanag, kadar kapur GML yang
perlu digunakan adalah sperti yang ditunjukkan di dalam jadual.Kapur tidak
diperlukan apabila pH tanah melebihi 5.5.
Jadual:
Keperluan kapur
*7.5
tan/metrik untuk dua kali pengapuran
Penanaman di
Ladang
Saiz lubang
tanaman berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm
baja fosfat dimasukkan ke dalam lubang dan digaulkan bersama-sama tanah atas.
Selepas dua
minggu, anak-anak pokok kelapa yang cergas ditanam ke dalam lubang tersebut.
Anak kelapa ini hendaklah disiram sebelum ditanam. Aktiviti menanam perlu
dirancang supaya dapat bermula pada awal musim hujan.
Menanam anak
kelapa dijalankan dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan
ditegakkan. Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dimampatkan.
Pengurusan Tanaman
Pembajaan
Jadual:
Pembajaan tanaamn kelapa di beberapa jenis tanah
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.6.2
|
Jenis, simptom dan kawalan perosak
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.6.3
|
Jenis, simptom dan kawalan penyakit
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.6.4
|
Jenis dan kawalan rumpai
i. Rumpai
yang biasa di kawasan kelapa ialah selaput tunggul ( Mikania cordata ,lalang
( Imperata cylindrica ), rumput
sambau ( Eleusine indica ) dan
halia hitam( Cyperus rotundus ).
ii. Kawalan
rumpai secara integrasi yang merangkumi kawalan secara manual, mekanikal,
amalan kultura dan penggunaan racun rumpai adalah disyorkan.
iii. Kawalan
rumpai di kawasan kelapa adalah seperti berikut :
Kawasan
Kelapa Muda
·
Rumpai yang terdapat di sekeliling
pokok kelapa ( 0.6 m garispusat)
boleh
dikawal secara manual dengan mencabut dengan tangan atau
menggunakan
tajak. Jika terdapat rumpai memanjat hendaklahdicabut.
·
Kawalan rumpai hendaklah dijalankan
setiap bulan pada tahun pertama dan dikurangkan apabila kelapa membesar
kerana naungan kanopi pokok menyekat
pertumbuhan rumpai.
·
Kawalan dijalankan dengan berhati-hati
supaya akar pokok tidak cedera.
·
Racun rumpai tidak digalakkan kerana
ia mungkin akan menyebabkan fitotoksik terhadap tanaman.
·
Pelepah yang dilonggokkan diantara
barisan pokok juga boleh mengurangkan pertumbuhan rumpai.
Kawasan
Kelapa Matang
·
Racun rumpai disyorkan untuk mengawal
rumpai yang tumbuh disekeliling pokok kelapa yang matang.
·
Contoh racun rumpai ialah Glyphosate,
Glufosinate-ammonium (racun serap) dan MSMA, Paraquat (racun sentuh).
·
Kadar penggunaannya :
Ø MSMA
: 1.0 – 3.0 kg/ha bahan aktif
Ø Glyphosate : 1.25 – 2.5 kg/ha bahan aktif
Ø Glufosinate-ammonium : 0.5
kg/ha bahan aktif
·
Elakkan tempias pada pokok kelapa
semasa membuat semburan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.7
|
Kutipan Hasil
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.7.1
|
Indeks kematangan hasil
Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam
masa 14 bulan selepas seludang pecah. Buah yang matang boleh dikenali dengan
perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan
terdengar bunyi kocakan air apabila buah bergoncang.
Untuk mendapatkan hasil kopra dan minyak
yang maksimum, buah yang matang sahaja dikutip. Sekiranya hasil sabut kelapa
menjadi keutamaan, buah kelapa perlu dikutip pada umur 11 bulan kerana
peringkat ini, buah mempunyai kualiti sabut yang tinggi berbanding dengan
peringkat umur yang lain.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.7.2
|
Tempoh penghasilan
Pengeluaran buah
mengikut jenis kelapa dianggarkan seperti jadual.
Untuk Kelapa
Tinggi, pengeluaran buah menjadi seragam slepeas umur 15 tahun dan dijangka
hayat ekonomik ialah selama 40 tahun. Untuk semua jenis Kelapa Rendah, Kelapa
Pandan dan Kelapa hibrid (MATAG/MAWA), hasil buah adalah seragam selepas umur
8 tahun dan jangka hayat ekonomik di antara 20-25 tahun.
Kelapa berbuah
sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, hasil buah kelapa akan berkurangan jika
berlaku musim kemarau pada tahun sebelumnya. Ini disebabkan kedudukan cuaca
satu tahun terdahulu akan mempengaruhi pengeluaran buah pada tahun
berikutnya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.7.3
|
Kaedah pengutipan hasil
Untuk pengeluaran
buah kelapa muda, buah dikutip sama ada dengan memanjat atau menggunakan
tangga. Tandan buah kelapa yang dikait hendaklah diturunkan dengan tali
supaya buah tidak terhempas dan pecah.
·
Buah kelapa yang telah dipetik
dipasarkan dalam bentuk-bentuk berikut :
Ø Buah
kelapa biji ( masih ada sabut )
Ø Kelapa
yang telah dikupas sabutnya.
Ø Kelapa
muda
Ø Kelapa
yang dibuang tempurungnya ( kelapa patik )
Ø Kelapa
kering ( kopra )
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.8
|
Lepas Tuai dan Pemasaran
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.8.1
|
Pengutipan Hasil atau
Pengumpulan buah
Sebahagian besar
daripada buah kelapa yang dipungut akan dibelah dan dicungkil isinya untuk
dijual sebagai kelapa patik ke kilang-kilang yang mengeluarkan kelapa parut
kering. Bagi pengeluaran kopra, isi kelapa dikorek keluar dari tempurung dan
dikeringkan bagi mengurangkan kandungan air daripada 55% kepada 5-7%.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.8.2
|
Penggredan
Buah-buah kelapa yang
telah dikupas di ladang pada kebiasaannya akan digredkan mengikut saiz
seperti berikut:
Ø
Gred
besar – ukur lilit melebihi 40 cm
Ø
Gred
kecil – ukur lilit kurang dari 40 cm
Buah-buah kelapa
tidak perlu dirawat atau dibungkus selepas dikutip. Buah-buah kelapa tua
diangkut dengan lori. Tandan kelapa muda juga diangkut dengan lori tanpan
pembungkusan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.8.3
|
Pemprosesan Kopra atau
Pengilangan
PEMPROSESAN
KELAPA KERING ( KOPRA )
·
Kelapa yang telah dikupas sabutnya
akan dibelah menjadi 2 bahagian.
·
Seterusnya kelapa ini akan melalui
proses pengeringan untuk dijadikan kelapa kering atau kopra.
KAEDAH
PENGERINGAN
·
Ada 2 kaedah pengeringan yang
digunakan :
a.
RUMAH
SALAI
Ø Kelapa
dikeringkan dengan haba yang panas.
Ø Rumah
salai yang biasa digunakan ialah jenis ‘cookie’
Ø Kelapa
yang cukup disalai biasanya rapuh, senang dipatahkan dan boleh dibakar dengan
api yang menyala.
Ø Kelapa
kering yang baik mengandungi 5 – 7% air
Ø Terlebih
salai menyebabkan isi kelapa hangus diluar, berbau hangit dan mudah lapok
serta minyaknya tengik - ‘case hardened copra’.
b. JEMUR
Ø Cara
yang mudah dan murah
Ø Kelapa
yang telah dibelah dijemur dan ditutup bila malam.
Ø Sebaiknya
dijemur di atas simen
Ø Setelah
dijemur 2 hari isi kelapa boleh dicungkil dan dijemur semula – 5 hari
Ø Kelembapan
perlu diturunkan dari 50% - 55% kepada 5% - 7%
Ø Memerlukan
cuaca panas – 8 jam/hari dan kelembapan yang rendah.
CIRI-CIRI
KELAPA KERING YANG BAIK :
Ø Bersih,
tiada habuk, pasir dan sabut.
Ø Ukuran
yang lebihkurang sama.
Ø Kulit
kopra (permukaan luar isi kelapa) licin.
Ø Di
dalamnya licin dan putih.
Ø Kelembapan
kurang dari 6%.
Ø Isi
kelapa yang mentah atau tidak cukup kering cepat busuk dan berkulat, berbau
masam, tengik dan minyaknya kurang sedap.
Ø Isi
kelapa yang cukup kering boleh dikenalpasti dengan membakar copra kelapa
kering. Ia terbakar baik dan apinya
sekata. Jika terdapat tanda
meletup-letup, kelembapan masih melebihi 7%.
Jika kelembapan melebihi 10%, ia tidak akan terbakar apabila cuba
dibakar.
Ø Isi
kelapa yang cukup kering juga rapuh tidak berbau dan senang patah-patahkan.
Copy By : Institut Pertanian Ayer Hitam,Johor
|
Wednesday, 31 August 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)